Tiada telinga kanan: Impian hidup normal bakal jadi kenyataan

Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersedia membantu seorang kanak-kanak, Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, yang memerlukan lebih RM20,000 bagi menjalani pembedahan memasang implan pada telinga kanannya.

LZS Dalam kenyataannya berkata, bantuan itu akan disalurkan LZS setelah mendapat pengesahan hospital.

"Hasil siasatan mendapati keluarga tersebut layak didaftarkan sebagai asnaf miskin. Untuk permulaan, LZS akan menyantuni keluarga ini dengan bantuan kewangan bulanan.

"LZS turut akan membantu pembelian bantuan alat pendengaran yang pada masa ini dipinjam dari Hospital Sungai Buloh bernilai RM8,000," katanya.

Menurut LZS, bantuan lain akan disalurkan berdasarkan kepada keperluan keluarga itu dari semasa ke semasa bergantung kepada syarat dan kelayakan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak memerlukan lebih RM20,000 bagi membiayai kos pembedahan memasang implan pada telinga kanannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Muhammad Adam tabah walaupun lahir tanpa telinga kanan

Muhammad Adam dilahirkan tanpa telinga kanan dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan normal.

Artikel Berkaitan: