21 mayat ditemui di sempadan AS-Mexico

Tamaulipas merupakan antara negeri paling bahaya di Mexico berikutan perebutan kartel dadah.- Foto AFP
Tamaulipas merupakan antara negeri paling bahaya di Mexico berikutan perebutan kartel dadah.- Foto AFP
A
A
A

TAMAULIPAS - MEXICO. Pihak berkuasa Mexico melaporkan penemuan 21 mayat di sempadan Amerika Syarikat (AS)- Mexico susulan insiden berbalas tembakan antara dua kartel dadah.

Kesemua mayat berkenaan ditemui di bandar sempadan Miguel Aleman, kira-kira 270 kilometer dari McAllen, Texas, yang dikunjungi Presiden AS Donald Trump semalam dalam usaha melobi pembinaan tembok sempadan.

"Kami mendapat laporan berlaku insiden tembakan melibatkan dua geng jenayah yang berselisih faham tentang laluan mengedar dadah yang akhirnya menyebabkan kematian 21 orang.

"Sebahagian mayat ditemui dalam keadaan rentung, dan kami turut menjumpai tujuh kenderaan di lokasi kejadian," kata jurucakap keselamatan Tamaulipas, Luis Alberto Rodriguez kepada media tempatan.

Tamaulipas merupakan antara negeri paling bahaya di Mexico berikutan perebutan kartel dadah bagi mendapatkan lokasi strategik berhampiran sempadan AS. - AFP

Artikel Berkaitan: