X

Kindly register in order to view this article
!

100,000 rumah mampu biaya pada 2023

Dr Sahruddin (tengah) bersama Dzulkefly (dua dari kiri) bergambar bersama para penerima Rumah Mampu Biaya (RMBJ) C pada Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya (RMBJ) C di Dewan Sri Tasek, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara hari ini. -Foto Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor berada di landasan betul untuk mencapai sasaran pembinaan sebanyak 100,000 unit Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) pada 2023.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, ia ekoran beberapa usaha sedang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mencapai sasaran berkenaan.

Beliau berkata, ini termasuk dengan membangunkan RMBJ di atas tanah milik kerajaan negeri bermula tahun ini menerusi kerjasama dengan agensi seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Perbadanan Islam Johor (PIJ) Holdings, YPJ Holdings dan Johor Land di bawah Johor Corporation (JCorp).

“Kami telah berbincang dengan pihak KPRJ. Lima lot (tanah) telah kami berikan mandat kepada KPRJ sebagai agensi pelaksana dan lima lot lagi kepada PIJ Holdings.

“Kami juga menawarkan jumlah yang sama kepada YPJ Holdings dan Johor Land di bawah JCorp. Ini merupakan empat agensi milik kerajaan negeri yang akan membina RMBJ di atas tanah milik kerajaan negeri yang komponennya (komponen projek) adalah 100 peratus rumah mampu biaya,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya C di Dewan Sri Tasek, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara di sini kelmarin.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus