X

Kindly register in order to view this article
!

DAPSY kutuk tindakan ala samseng ke atas Syed Saddiq

Sheikh Umar Bagharib Ali
A
A

JOHOR BAHRU - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor mengutuk serangan ala samseng ke atas Syed Saddiq yang disifatkan mencemarkan demokrasi dan mencabul hak Ahli Parlimen Muar itu yang sah dan dipilih rakyat.

Ketuanya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, beliau terkejut dan simpati dengan insiden menimpa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Serangan 200 orang ke atas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor malam kelmarin, mengejutkan ramai pihak.

"Tindakan ala samseng atau gengster tidak seharusnya mendapat tempat dalam sebuah negara tidak kira ke atas sesiapa sekalipun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri menggesa agar pihak berwajib mengambil langkah sewajarnya dalam menangani isu itu.

"Siasatan perlu segera dilaksanakan dan tindakan undang-undang mesti diambil terhadap pesalah.

"Tindakan ala samseng sebegini harus dikutuk. Hak demokrasi sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira apa juga latar belakang haruslah dihormati," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Serang program Syed Saddiq: Seorang lagi individu ditahan

Polis Johor menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan kes kekecohan pada satu program Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang diadakan secara tertutup di Ulu Tiram di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, individu itu ditahan lewat petang semalam di Johor Bahru.

Perkembangan itu, katanya, menjadikan jumlah suspek yang ditangkap setakat ini adalah seramai tiga orang termasuk dua individu yang telah diberkas pada Jumaat malam.

“Ketiga-tiga mereka ini berumur lingkungan 30-an dan perintah reman terhadap mereka akan dipohon daripada mahkamah hari ini,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kesemua suspek mempunyai kaitan dengan parti-parti politik.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!