X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar fesyen UiTM hasil 144 busana kreatif

KOORDINATOR Jabatan Fesyen UiTM Shah Aalam, Pronses Saliang (tiga dari kiri) dan Andrew (empat dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada Pertunjukan Fesyen Ijazah UiTM 2020 di Panggung Sari, Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A

PADA Pertunjukan Fesyen Ijazah UiTM 2020 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan kumpulan penuntut tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen menghasilkan sebanyak 144 helai busana,

Pensyarah Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Faizal Hamid, menyifatkan karya fesyen hasil kreativiti 36 penuntut tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen bukan sahaja unik, malah sarat sisi penceritaan tersendiri.

FAIZAL
FAIZAL

Menurut beliau, selain kategori busana konsep art-to-wear, barisan pereka muda tersebut juga bebas bereksperimentasi tema fesyen jalanan, kasual, kostum ataupun koktel.

“Paling utama, setiap rekaan yang dihasilkan harus melalui proses penyelidikan berkaitan isu semasa, kemasyarakatan, tradisi dan warisan negara.

“Seterusnya, menterjemahkan pemerhatian dan analisa berkenaan dalam bentuk pakaian yang cantik, elegan, sofistikated dan segak,” katanya ketika dihubungi Femina mengenai Pertunjukan Fesyen Ijazah UiTM 2020 yang berlangsung di Panggung Sari, Kraftangan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Faizal, kesemua rekaan yang dipersembahkan merupakan kerja keras para pelajar sepanjang tahun lalu dan dinilai barisan juri profesional.

Antaranya ialah Pengarah Kreatif Fiziwoo, Fizi Woo; Pengasas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), Andrew Tan dan Pengerusi IFC Chapter Malang, Indonesia, Agus Sunandar.

“Menerusi platform (pertunjukan fesyen) seumpama ini, kita dapat melihat potensi dan bakat pelajar bermain dengan teknik garisan, tekstur, warna dan material.

“Ia termasuklah memanipulasi teknik pola dan sulaman bagi memberikan efek menarik pada koleksi rekaan masing-masing,” jelas beliau lanjut.

Dimaklumkan, setiap pelajar wajib menghasilkan koleksi fesyen terdiri daripada empat pakaian yang lengkap padanan aksesori.

Secara keseluruhan, sebanyak 144 helai busana diperagakan pada Pertunjukan Fesyen Ijazah UiTM 2020.

Pertunjukan Fesyen Ijazah UiTM 2020

a) Senarai pemenang utama:

Anugerah Emas - Akmal Hakim Ajiirul

Anugerah Perak- Ahmad Masyadi Mansoor

Anugerah Gangsa- Zaffirs Najib

Anugerah Pilihan Siti Nurhaliza- Akmal -Hakim Ajiirul

b) Senarai pemenang Anugerah KLFW2020

Akmal Hakim Ajiirul

Ahmad Masyadi Mansoor

Nadiatul Syahira Badrul Kamal

Amirul Suradi

c) Anugerah Alumni - Ahmad Masyadi Mansoor

d) Anugerah Pelajar Terbaik- Zafirr Najib


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus