Dua parah kereta bertembung

Keadaan di lokasi kejadian selepas dua kereta bertembung di Bulatan Bukit Indah, Larkin di sini awal pagi tadi.
Keadaan di lokasi kejadian selepas dua kereta bertembung di Bulatan Bukit Indah, Larkin di sini awal pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua parah dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Bulatan Bukit Indah, Larkin di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa, Cheong Yen Mei, 31, dan Loh Yee Ning, 24, cedera parah di bahagian dada dan belakang kepala.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.12 pagi, seramai 14 anggota bersama sebuah jentera, kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dua Rapid Intervention Motorcycle (RIM) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Hasil makluman awal, kenderaan jenis Subaru yang ketika itu berada di laluan bulatan bertembung dengan kereta jenis Proton Waja yang dipandu Yee Ning yang memandu melawan arus.

Keadaan di lokasi kejadian selepas dua kereta bertembung di Bulatan Bukit Indah, Larkin di sini awal pagi tadi.
Keadaan di lokasi kejadian selepas dua kereta bertembung di Bulatan Bukit Indah, Larkin di sini awal pagi tadi.

"Kereta jenis Subaru yang dinaiki sepasang suami isteri itu dari arah Persiaran Indah menghala ke Nusa Bestari manakala kereta Proton Waja pula dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian tersebut, penumpang wanita kereta Subaru parah dan dikeluarkan orang awam manakala suaminya cedera ringan sudah dibawa ke hospital.

"Mangsa dari Proton Waja pula dikeluarkan anggota bomba dalam masa lima minit dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 3.37 pagi," katanya.