Matrade lantik Halim Mohamad sebagai pengerusi

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), melantik Tan Sri Halim Mohammad sebagai pengerusi ketujuhnya, berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Halim ialah pengasas kumpulan Halim Mazmin Bhd.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengerusi Matrade dari 2004 hingga 2010.

Halim sebelum itu menjadi ahli lembaga Matrade selama lapan tahun.

"Semasa tugasan pertamanya sebagai pengerusi agensi berkenaan, Halim mencetuskan idea mengenai padanan perniagaan khusus, yang dikenali sebagai Misi Pembelian Masuk yang kini dikenali sebagai Program Penyumberan Antarabangsa, dan pada masa itu juga, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) menjadi pameran perdagangan halal terbesar di dunia.

"Di bawah kepimpinannya, Matrade mula meingkatkan inisiatif untuk meneroka pasaran Amerika Latin bagi mempelbagai pasaran eksport. Beliau juga merupakan penyokong utama penyertaan Bumiputera dan wanita dalam perdagangan antarabangsa," kata agensi itu dalam kenyataan hari ini.

Matrade ialah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan negara.- Bernama

Artikel Berkaitan: