Kes positif koronavirus kekal lapan: KKM

Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). - Foto Bernama
Pusat Pemantauan Saringan Suhu Badan bagi mengesan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan kumulatif kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara ini kekal lapan orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang direkod sehingga 12 tengah hari hari ini, membabitkan tiga kes dalam kalangan pesakit dalam siasatan (PUI) dan lima kes kontak rapat.

"Jumlah kumulatif PUI jangkitan koronavirus adalah seramai 142 orang dan enam orang masih menunggu keputusan ujian makmal, manakala kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV, kekal seramai 32 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga mengambil maklum mengenai seorang pesakit disyaki koronavirus yang enggan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di sebuah hospital di Selangor seperti yang tular di media sosial semalam.

Setelah pihak hospital membuat laporan polis, pesakit disyaki itu berjaya dikesan dan dimasukkan ke wad untuk siasatan dan rawatan.

"Keputusan sampel klinikal yang diambil pada 31 Januari dilaporkan negatif 2019-nCoV," katanya yang turut merakamkan penghargaan kepada polis atas kerjasama yang diberikan dalam mengesan pesakit itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: