Trump teruskan ugutan demi penuhi hasrat bina tembok sempadan

Trump kelihatan bersama anggota Kastam dan Pengawal Sempadan ketika kunjungan ke McAllen, Texas, semalam.- Foto AP
Trump kelihatan bersama anggota Kastam dan Pengawal Sempadan ketika kunjungan ke McAllen, Texas, semalam.- Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi mengugut untuk mengisytiharkan darurat bagi melunaskan hasratnya membina tembok sempadan tanpa persetujuan Kongres negara berkenaan.

"Saya mempunyai hak mutlak untuk mengisytiharkan darurat," kata Trump kepada wartawan ketika kunjungan beliau ke pos kawalan sempadan di McAllen, Texas, semalam.

Dalam kesempatan itu, jutawan hartanah terbabit menegaskan, hanya pembinaan tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico mampu menyekat kedatangan pendatang yang dilabel penjenayah dan pengganas daripada terus membanjiri AS.

Menurut Trump, sekiranya Kongres tidak meluluskan dana berjumlah AS$5 bilion (RM21bilion) bagi pembinaan tembok sempadan keluli seperti yang dimahukan, beliau akan menggunakan hak tersebut bagi melangkau kuasa Kongres.

Sementara itu, penganalisis berkata, sekalipun presiden boleh mengarahkan pembinaan projek tentera ketika perang atau darurat, langkah terbabit pasti akan berdepan cabaran undang-undang dan dakwaan melanggar prosedur perlembagaan.

Dalam pada itu, penutupan separa kerajaan AS kini memasuki hari ke-20, menyebabkan kira-kira 800,000 pekerja persekutuan tidak menerima gaji. - BBC

Artikel Berkaitan: