Koronavirus: Thailand catat kes jangkitan manusia ke manusia

Pihak berkuasa Thailand memeriksa kesihatan pelancong dalam usaha mengekang penularan koronavirus. - Foto Bangkok Post
Pihak berkuasa Thailand memeriksa kesihatan pelancong dalam usaha mengekang penularan koronavirus. - Foto Bangkok Post
A
A
A

BANGKOK - Thailand mencatatkan kes pertama jangkitan koronavirus manusia ke manusia, kata seorang pegawai kesihatan Thailand hari ini.

Kes direkodkan berlaku kepada seorang pemandu teksi warga Thailand.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Taranak Pipat, pemandu teksi yang dijangkiti itu berkenaan tidak memiliki sebarang rekod perjalanan ke China.

"Berkemungkinan dia dijangkiti daripada pelancong yang sakit dari China yang menggunakan khidmat teksinya.

"Kes yang direkodkan berlaku sebelum ini berpunca dari pelancong China datang ke sini atau rakyat Thailand yang melawat China," katanya.

Kes membabitkan pemandu teksi berkenaan adalah salah satu daripada lima kes jangkitan baharu yang diumumkan hari ini.

Coronavirus
Coronavirus

Sementara itu, Pengarah Biro Penyakit Berjangkit Am Thailand, Dr Sopon Iamsirithavorn berkata dua pemandu teksi telah jatuh sakit dan mendapatkan rawatan dua hari lalu selepas mengambil penumpang pelancong dari China.

Artikel Berkaitan:

Pelancong dari China itu tiba sebelum kerajaan China mengeluarkan larangan melarang perjalanan keluar penduduknya.

Selain Thailand negara Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat turut merekodkan jangkitan penularan koronavirus manusia ke manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

"Berkemungkinan dia dijangkiti daripada pelancong yang sakit dari China yang menggunakan khidmat teksinya." kata Taranak Pipat.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.