X

Kindly register in order to view this article
!

Sebar berita palsu bawa mudarat kepada rakyat, negara: Abu Bakar

ABU Bakar Yahya menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf sempena Program Budi Setahun, Segunung Intan anjuran Bersatu Perlis di Teluk Jambu, Perlis hari ini.
A
A

KANGAR - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial sebagai tempat untuk menyebar serta berkongsi berita palsu sehingga boleh membawa kemudaratan kepada kestabilan negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Yahya yang turut meminta para pengguna media sosial supaya lebih bertanggungjawab dengan memastikan maklumat atau berita yang diperolehi itu adalah benar-benar sahih.

“Ketika ini kita dapati begitu banyak perkongsian dalam media sosial berkaitan dengan penularan novel koronavirus (2019-nCoV) di negara ini. Bagaimanapun, dilaporkan ada juga pihak tertentu yang sanggup mengambil kesempatan di sebalik kejadian tersebut untuk mencetuskan kegusaran orang ramai dengan menyebarkan maklumat atau berita palsu mengenai kejadian tersebut.

“Saya melihat penyebaran maklumat atau berita palsu seolah-olah telah menjadi satu ‘kebiasaan’ apabila timbulnya sesuatu isu. Malah ada juga pihak menyebarkan maklumat tidak benar untuk membangkitkan sentimen perkauman dan menganggu gugat pentadbiran kerajaan,” katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 150 pelajar asnaf daripada kawasan Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar dalam Program Budi Setahun, Segunung Intan di Teluk Jambu, di sini.

ABU Bakar bergambar bersama penerima sumbangan hari ini.
ABU Bakar bergambar bersama penerima sumbangan hari ini.

Tambah Abu Bakar, para pengguna media sosial merupakan rakyat Malaysia dan mereka sepatutnya merasa lebih bertanggungjawab sebelum melakukan tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan, perpaduan serta maruah negara.

Malah, beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri turut menyarankan orang ramai supaya menggunakan media sosial untuk menggerakkan solaridariti rakyat pelbagai kaum dan agama dengan bersama-sama membantu kerajaan dalam menangani permasalahan yang dihadapi negara ketika ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilapor menegaskan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu serta fitnah, berhubung novel koronavirus.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf