KKM nafi pesakit koronavirus berkelakuan seperti 'zombi'

KKM menafikan dakwaan individu yang dijangkiti koronavirus akan berkelakuan seperti zombi.
KKM menafikan dakwaan individu yang dijangkiti koronavirus akan berkelakuan seperti zombi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan individu yang dijangkiti koronavirus akan berkelakuan seperti 'zombi'.

KKM menerusi hantaran di Twitter berkata, dakwaan tersebut yang kini kecoh di media sosial adalah tidak benar sama sekali kerana virus tersebut mampu diubati.

"Tiga fakta mengenai koronavirus yang perlu ditular. Yang pertama, tidak benar dakwaan individu yang dijangkiti virus intu berkelakuan seperti 'zombi'.

"Yang kedua, pesakit boleh sembuh dengan rawatan simptom yang dialami pesakit. Jika demam, rawatan untuk baik demam.

"Yang ketiga kadar kematian sangat rendah antara dua hingga tiga peratus berbanding MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat) kira-kira tiga ke empat peratus dan SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) pula kira-kira 10 peratus," tulisnya.

Perkongsian KKM di media sosial kini tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

"Terima kasih KKM kerana berkongsikan perkara ini kerana banyak dah video yang tular yang boleh dilihat mangsa akan jatuh pengsan secara tiba-tiba seperti dalam filem pula," kata @Aishah12 di Twitter.

@izhardaud pula memberitahu, "Terima kasih atas info dan kami berharap agar Malaysia teruskan larangan menghalang rakyat China masuk ke sini sehinggalah betul-betul koronavirus ini dah disahkan tiada di sana,".

Artikel Berkaitan:

Namun, terdapat netizen yang menafikan dakwaan KKM kerana laporan yang dikeluarkan oleh KKM berbeza seperti yang dilaporkan oleh media China.

Antara reaksi netizen berdasarkan penjelasan yang dikeluarkan oleh KKM.
Antara reaksi netizen berdasarkan penjelasan yang dikeluarkan oleh KKM.

"Berita dekat China cakap lain, KKM cakap lain. Maklumat yang bercelaru. Apa yang kerajaan nak sorokkan? Supaya kerajaan boleh terus terima pelancong China Masuk," luah @razakahmad2020.

Namun menurut @Ziharnasir sambil berseloroh memberitahu, "Siapa yang mempercayai zombi itu memang sahlah dia banyak terpengaruh dengan filem."

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

""Terima kasih KKM kerana berkongsikan perkara ini kerana banyak dah video yang tular yang boleh dilihat mangsa akan jatuh pengsan secara tiba-tiba seperti dalam filem pula," kata @Aishah12 di Twitter.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.