PKBM 'kunci mulut' isu penahanan SPRM

Semalam Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan di kediamannya di Melaka.
Semalam Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan di kediamannya di Melaka.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil pendirian 'kunci mulut' berikutan penahanan pemimpin tertinggi badan induk berbasikal negara itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKBM, Yunus Ibrahim ketika dihubungi hari ini, enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM.

"Hari ini setiausaha kehormat dan penolong setiausaha turut dipanggil SPRM untuk membantu siasatan. Saya tidak boleh ulas lanjut, sebab saya sendiri tidak pasti kenapa mereka dipanggil,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan SPRM telah menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan di kediamannya di Melaka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan itu dan suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk direman selama empat hari sehingga 2 Februari ini.- Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Presiden persatuan sukan ditahan SPRM

Artikel Berkaitan: