Koronavirus: WHO gesa sempadan terus dibuka

No Image Caption
A
A
A

GENEVA - Sempadan harus dibuka dan aliran perdagangan harus diteruskan meskipun negara mempunyai hak berdaulat untuk melindungi negara dan rakyat mereka, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

WHO yang mengisytiharkan koronavirus sebagai darurat kesihatan global hari ini menyuarakan kebimbangan bahawa virus tidak dapat dikesan di negara dengan sistem kesihatan yang lemah.

ARTIKEL BERKAITAN: WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier dalam satu taklimat di ibu pejabat agensi kesihatan itu berkata, terdapat alasan yang kukuh untuk memastikan lintasan sempadan rasmi dibuka bagi mengelakkan orang ramai masuk secara tidak teratur dan tidak diperiksa.

"Sekiranya sekatan perjalanan dikenakan, kami berharap mereka berupaya meneruskan aliran hidup yang normal," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: