Koronavirus: Tabung bantuan untuk Wuhan dilancarkan

Micheal Chong bersama ahli Kehormat dan Bersekutu Wilayah Persekutuan (WP) melancarkan tabung bantuan Wuhan.
Micheal Chong bersama ahli Kehormat dan Bersekutu Wilayah Persekutuan (WP) melancarkan tabung bantuan Wuhan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelab Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kehormat dan Bersekutu Wilayah Persekutuan (WP) melancarkan tabung bagi membantu pasukan perubatan 'Red Cross Society of China' memerangi koronavirus di Wuhan dan Hubei, China, pagi tadi.

Pengerusi Penganjur Tabung Bantuan Wuhan, Timbalan Pesuruhjaya Rela, James Ee berkata, pihaknya melancarkan tabung bantuan itu setelah mendapat sokongan daripada masyarakat yang prihatin terhadap isu wabak tersebut.

"Kita telah menyediakan saluran untuk rakyat Malaysia memberi sumbangan kewangan dan bekalan perubatan bagi meringankan beban pasukan perubatan di sana," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, pagi tadi.

James berkata, sumbangan bekalan perubatan yang diperlukan adalah topeng muka jenis N95.

"Saya dimaklumkan topeng muka di sana sudah kehabisan stok," katanya.

Sementara itu, Penasihat Jawatankuasa, Pesuruhjaya Rela Datuk Seri Micheal Chong berkata, kempen kutipan tabung bantuan itu akan berakhir pada 14 Februari.

"Hasil kutipan akan diserahkan kepada 'Red Cross Society Of China Hubei Branch," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank 514114657673 atas nama Kelab Rela Kehormat dan Bersekutu WP dengan makluman bantuan itu adalah untuk 2019-nCoV.

ARTIKEL BERKAITAN Malaysia sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan

Artikel Berkaitan: