Bukan kena tinggal, pengasuh salah hantar tadika

Hantaran di Facebook yang memaklumkan kejadian seorang kanak-kanak ditinggalkan berhampiran sebuah tadika di Taman Permai Jaya di Lumut hari ini.
Hantaran di Facebook yang memaklumkan kejadian seorang kanak-kanak ditinggalkan berhampiran sebuah tadika di Taman Permai Jaya di Lumut hari ini.
A
A
A

LUMUT - Bukan ditinggalkan, sebaliknya pengasuh salah hantar tadika. Itu berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 3 tahun apabila dilihat ditinggalkan seorang wanita berhampiran sebuah tadika di Taman Permai Jaya di sini hari ini.

Kanak-kanak itu didakwa ditinggalkan seorang wanita yang menunggang motosikal di kawasan berkenaan sekitar jam 7.20 pagi.

Maklumat itu dikongsi seorang pengguna akaun Facebook yang meminta orang ramai membantu mengesan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Dalam kandungan mesej itu menyatakan kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Balai Polis Seri Manjung dan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, susulan penemuan itu, polis telah menjalankan usaha mengesan kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Usaha itu berjaya apabila ibu mangsa datang ke balai dan mengambil anaknya sekitar jam 4 petang tadi.

"Daripada makluman diberikan, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham yang mana pengasuh kanak-kanak terbabit tersalah menghantarnya ke tadika lain," katanya.

Artikel Berkaitan: