Permintaan penumpang global meningkat

A
A

PERSATUAN Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengekalkan pertumbuhan permintaan penumpang sebanyak enam peratus tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan daripada perang perdagangan, tarif perlindungan dan Brexit.

Menurut persatuan itu, trafik penumpang global untuk November 2018 adalah baik dan sederhana, yang mana perolehan penumpang perkilometer (RPK) meningkat 6.2 peratus berbanding tempoh sama pada 2017, rendah sedikit daripada 6.3 peratus pertumbuhan pada Oktober.

Katanya, kapasiti tempat duduk tersedia perkilometer (ASK) meningkat 6.8 peratus tahun ke tahun tetapi faktor muatan susut 0.4 mata peratus.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia