Wanita Umno buat laporan polis terhadap Waytha Moorthy

Wanita Umno membuat laporan polis di IPD seluruh negara.
Wanita Umno membuat laporan polis di IPD seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 191 Ketua Wanita Umno Bahagian hari ini dan semalam membuat laporan polis ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara susulan rakaman video Moorthy yang keterlaluan dan memburukkan imej Malaysia.

“Wanita Umno tidak boleh berkompromi dengan ucapan Moorthy dalam video itu yang dilihat berniat menghasut, membangkitkan rasa benci, penghinaan dan perasaan tidak suka kepada BN.

No Image Caption



“Pada masa yang sama, ucapan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu di Belanda kira-kira 10 tahun lalu, yang kembali tular baru-baru ini dipercayai boleh menimbulkan ketegangan antara kaum seterusnya mengancam keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis akan panggil Waytha Moorthy]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Itu kisah lama, Moorthy']


Menurutnya, dakwaan Moorthy bahawa masyarakat India di Malaysia didiskriminasi ketika di bawah pentadbiran BN bukan sahaja berniat jahat malah suatu fitnah terbesar apabila menggambarkan negara ini melakukan pelanggaran hak asasi manusia yang melampau.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


“Beliau turut memfitnah kononnya 10,000 kuil dirobohkan dengan hak bukan Melayu dan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dinafikan di negara ini.

“Menerusi video berdurasi dua minit 39 saat itu, beliau menggambarkan seolah-olah negara menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik selain kerajaan BN telah melakukan penindasan kepada kaum dan penganut agama lain,” katanya.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, dengan segala fitnah dan pembohongan itu, beliau berkata, Wanita Umno mahu Moorty disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang sedia ada yang berkaitan.

No Image Caption



“Wanita Umno juga mendesak Moorthy menyelesaikan segera isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menimbulkan polemik dan kontroversi.

“Isu ICERD yang dicetuskan oleh Menteri Perpaduan itu dilihat mengakibatkan perpecahan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya.