Koronavirus: Itali sekat penerbangan dari China

Giuseppe Conte - Foto AFP
Giuseppe Conte - Foto AFP
A
A
A

ITALI - Itali menggantung sementara semua penerbangan dari China berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh diberitahu kelak.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah mengurangkan risiko mendedahkan orang awam dengan jangkitan koronavirus.

Menurutnya, keputusan dikeluarkan selepas pihak berkuasa mengesahkan dua pelancong China positif koronavirus, lapor SputNik News menurut sumber.

"Kami mempunyai dua kes terbaharu yang disyaki koronavirus dan kedua-dua kes tersebut telah disahkan positif.

"Kami telah mengambil pelbagai langkah untuk kita mengasingkan pesakit daripada orang awam. Kita juga berharap jika mereka yang mempunyai ahli keluarga atau pasangan dari China, mereka boleh memberi kerjasama dengan kami," katanya.

Katanya, tindakan tersebut menjadikan Itali merupakan satu-satunya Kesatuan Eropah yang mengambil keputusan menyekat pelancong dari China.

"Setakat yang kami tahu, kami merupakan negara Kesatuan Eropah pertama yang melakukan langkah berjaga-jaga ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Itali merupakan negara ke-19 yang mencatatkan kes terbaharu koronavirus luar dari China, namun setakat ini tiada kematian dilaporkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

"Setakat yang kami tahu, kami merupakan negara Kesatuan Eropah pertama yang melakukan langkah berjaga-jaga ini," kata Giuseppe Conte.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.

Itali menggantung sementara semua penerbangan dari China berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh diberitahu kelak.
Itali menggantung sementara semua penerbangan dari China berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh diberitahu kelak.