IKB semua kategori tanpa bar keluli meningkat

A
A

INDEKS Kos Bahan Binaan Malaysia (IKB) bagi semua kategori tanpa bar keluli di Semenanjung Malaysia bagi kawasan A, B, C, D dan E meningkat 0.1 peratus dan 1.0 peratus pada Disember 2018.

Kawasan A melibatkan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis; B (Perak); C (Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor); D (Johor) dan E (Pahang).

Jabatan Perangkaan dalam Siaran Khas 2 bagi Kerja-kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur, Disember 2018 berkata, IKB di kawasan F (Kelantan dan Terengganu) merosot 0.1 dan 0.2 peratus.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia