Koronavirus: AS keluar nasihat perjalanan baharu

Pesawat membawa rakyat AS dari Wuhan, China. - Foto AFP
Pesawat membawa rakyat AS dari Wuhan, China. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengeluarkan nasihat perjalanan baharu yang melarang rakyatnya mengunjungi China berikutan penularan wabak novel koronavirus, lapor agensi berita Anadolu.

Tahap empat larangan perjalanan dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak maut itu sebagai darurat kesihatan global.

"Pengembara perlu bersedia untuk larangan perjalanan dikuatkuasakan sama ada dengan atau tanpa pemberitahuan awal.

"Pengangkutan komersial telah mengurangkan atau menggantung perjalanan keluar dan masuk dari China.

"Jabatan Negara turut menasihatkan semua kakitangan kerajaan AS untuk menunda semua perjalanan ke China untuk urusan yang tidak penting," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Pada Isnin, jabatan itu meminta rakyat mempertimbangkan semula perjalanan ke seluruh China, meningkatkan amaran perjalanan ke tahap tiga.

-Foto AFP
-Foto AFP

Wabak tersebut telah mengorbankan 170 nyawa di China, dianggarkan 8,000 kes dilaporkan setakat ini, sebanyak 98 kes disahkan di 18 negara di luar China.

Artikel Berkaitan:

Novel koronavirus (2019-nCoV), yang mula dikesan di bandar raya Wuhan dikatakan merebak kepada manusia daripada haiwan, terutama kelawar.

Virus ini mencetuskan kebimbangan dunia selepas kes penyakit berkenaan dilaporkan di seluruh Asia, Eropah, AS dan Kanada.

"Pengembara perlu bersedia untuk larangan perjalanan dikuatkuasakan sama ada dengan atau tanpa pemberitahuan awal." kata Jabatan Negara AS.

Pelancong dari China disaring bagi mengesan penyakit itu di lapangan terbang seluruh dunia.

Beberapa penerbangan sudah pun menggantung penerbangan ke Wuhan. - Bernama

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global selepas mengadakan satu mesyuarat tergempar awal hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Jumlah kematian di China meningkat 213

WHO isytihar koronavirus Wuhan sebagai kecemasan kesihatan global

Keputusan itu dilakukan selepas koronavirus Wuhan disahkan boleh merebak dari manusia ke manusia lain di luar dari negara China.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes jangkitan manusia ke manusia telah berlaku di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru berlaku di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan kemampuan virus ini untuk merebak dengan lebih meluas.

Setakat pagi ini, lebih 8,100 kes positif koronavirus Wuhan dilaporkan seluruh dunia dengan 170 kematian. Virus ini pertama kali dikesan pada Disember tahun lalu di bandar Wuhan, China.