Pameran bergerak Julie’s sebar kasih sayang


Tzy Horng (kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Tahun
Baharu Cina.
Tzy Horng (kanan) bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Kempen Tahun Baharu Cina.
A
A
A
PENGEKSPORT biskut terbesar di Malaysia dan berkembang ke lebih 85 negara, Julie’s meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan melancarkan pameran bergerak untuk menyebarkan kasih sayang ke seluruh negara bermula 11 Januari sehingga 3 Februari nanti.

Pengarah Julie’s, Sai Tzy Horng berkata, pameran bergerak Julie’s itu berlangsung sepanjang kempen itu di 53 lokasi iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Ipoh, Johor, Kedah, Pahang, Kelantan, Melaka dan Perak.

"Selain menawarkan pelbagai promosi menarik, para peserta juga berpeluang memenangi produk sampingan Julie’s yang istimewa,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Tahun Baharu Cina.

Tzy Horng berkata, sempena Tahun Baharu Cina, Julie’s meneruskan tradisinya menganjurkan kempen "What's Your Love Letters?" untuk menggalakkan orang ramai meluahkan kasih sayang melalui penulisan mesej.

Beliau berkata, mereka yang berminat untuk menyertai kempen itu perlu menghantar mesej bersama-sama resit pembelian melalui mel atau masukkan ke dalam kotak di gerai promosi Julie’s untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kempen "What's Your Love Letters".
Artikel Berkaitan:


Pertandingan kempen ini katanya, akan diadakan bermula 11 Januari hingga 3 Februari nanti.

"Seramai 15 pemenang bertuah berpeluang memenangi baucar makan malam bernilai RM1,000 yang boleh dikongsi bersama-sama ahli keluarga tersayang pada musim perayaan ini,” katanya.