Kuwait gantung penerbangan keluar, masuk dari China, Hong Kong

No Image Caption
A
A
A

KUWAIT - Kuwait memutuskan untuk menggantung penerbangan keluar dan masuk dari China serta Hong Kong berikutan wabak koronavirus yang telah meragut ratusan nyawa, umum kerajaan itu semalam, lapor agensi berita Anadolu.

Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diumumkan kerajaan negara itu semalam dan telah dimaklumkan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.

Larangan tertakluk kepada rakyat Kuwait dan mereka yang memiliki permit penduduk tetap atau visa, tinggal di China atau Hong Kong dalam tempoh dua minggu lalu, tambah kenyataan itu.

Larangan berkenaan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Koronavirus pertama kali dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan kebimbangan antarabangsa mengenai penularan virus tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: