Tasco, RedCargo Logistics jalin kerjasama


Tasco berupaya memanfaatkan kemudahan ruang tempahan dalam mana-mana rangkaian AirAsia menerusi kerjasama tersebut.
Tasco berupaya memanfaatkan kemudahan ruang tempahan dalam mana-mana rangkaian AirAsia menerusi kerjasama tersebut.
A
A
A
CABANG perniagaan kargo dan logistik AirAsia Group Bhd, RedCargo Logistics Sdn Bhd, telah menjalin kerjasama langsung pertama dengan penyedia khidmat penghantaran, Tasco Bhd berkuat kuasa pada 1 Januari baru-baru ini.

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua syarikat itu berkata, di bawah kerjasama itu, Tasco yang juga unit syarikat perkapalan dan logistik berpejabat di Jepun, Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK), berupaya memanfaatkan kemudahan ruang tempahan dalam mana-mana rangkaian AirAsia yang luas.

Rangkaian AirAsia meliputi 320 laluan ke lebih 130 lapangan terbang di serata 25 pasaran di Asia, Australia, Timur tengah dan Amerika Syarikat.

Pengarah Urusan Tasco, Freddie Lim berkata, syarikat itu yakin kerjasama berkenaan dapat mempertingkat perkhidmatan dan kecekapan para pelanggannya.

RedCargo yang diwujudkan pada Mac tahun lepas merupakan penyedia eksklusif kapasiti kargo bagi AirAsia dan AirAsia X.
Artikel Berkaitan: