PKS perlu melangkaui kawasan tempatan, terus berdaya saing menerusi e-dagang


Carrie Tan
Carrie Tan
A
A
A
PENERAJU global dalam logistik, UPS Malaysia, mahu melihat perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus berdaya saing dan berkembang secara mampan.

Pengurus Pemasaran, UPS Malaysia, Carrie Tan berkata, ini kerana teknologi telah mengubah cara perniagaan beroperasi dan mewujudkan peluang yang lumayan.

Menurutnya, kira-kira 98.5 peratus perniagaan tempatan adalah PKS, bagaimanapun, mereka hanya menyumbang 18.6 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

"Dengan persaingan yang semakin meningkat, perniagaan terutamanya PKS, tidak mampu tinggal di dalam lingkungan pasaran dan mereka harus melangkaui kawasan tempatan untuk terus berdaya saing dan berkembang secara mampan,” katanya.

Beliau berkata, eksport terus menjadi pemacu pertumbuhan utama bagi PKS.

"Sebagai fasilitator perdagangan rentas sempadan, UPS telah melihat secara langsung bagaimana pelanggan perniagaan kecil kami mengambil saluran baharu seperti e-dagang untuk memanfaatkan pertumbuhan yang lebih besar," katanya.

Jelasnya, walaupun e-dagang telah mengurangkan beberapa halangan untuk menjalankan perniagaan dan membantu membuat barang lebih mudah diakses untuk pembelian, beberapa cabaran masih boleh menyebabkan perniagaan terlewat apabila mula melibatkan diri dalam e-dagang merentas sempadan.

"Justeru, sebagai rakan kongsi kepada PKS di Asia yang merentasi pelbagai industri, kami telah bekerjasama rapat untuk memahami cabaran unik segmen mereka dan kemudian mengenal pasti penyelesaian yang memanfaatkan kekuatan UPS: rangkaian intra Asia kami, pilihan pengangkutan yang fleksibel, teknologi dan menyeberang pengetahuan sempadan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan katanya, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menjangkakan sumbangan PKS kepada keseluruhan pasaran eksport meningkat kepada 23 peratus menjelang 2020.
Artikel Berkaitan:


"Justeru itu, untuk mencapai sasaran tersebut, Matrade telah melaksanakan pelbagai dasar dan inisiatif sebagai usaha bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan lebih besar daripada perniagaan tempatan,” katanya.