DBKL keluar notis perintah tutup tapak pembinaan

Lima notis kompaun atas pelbagai kesalahan dan satu notis perintah tutup tapak pembinaan dikeluarkan DBKL dalam Operasi Tapak Siri 2/2020 di Jalan Kasipillay off Jalan Ipoh semalam. - Foto DBKL
Lima notis kompaun atas pelbagai kesalahan dan satu notis perintah tutup tapak pembinaan dikeluarkan DBKL dalam Operasi Tapak Siri 2/2020 di Jalan Kasipillay off Jalan Ipoh semalam. - Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima notis kompaun atas pelbagai kesalahan dan satu notis perintah tutup tapak pembinaan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika Operasi Tapak Siri 2/2020 di Jalan Ipoh di sini semalam.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan diambil berikutan kerja-kerja dan aktiviti pembinaan dijalankan di tapak terbabit didapati tidak mematuhi syarat kelulusan perintah pembangunan DBKL.

“Sebanyak lima notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Satu notis perintah tutup tapak pembinaan selama 14 hari turut dikeluarkan ekoran penemuan jentik-jentik di lokasi tersebut.

Jentik-jentik yang ditemui di tapak pembinaan. - Foto DBKL
Jentik-jentik yang ditemui di tapak pembinaan. - Foto DBKL

“Dalam operasi sama tengah hari itu, seramai 68 pekerja pembinaan diperiksa, lapan daripadanya ditahan untuk pemeriksaan lebih lanjut Jabatan Imigresen Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah peruntukan undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta mengikut bidang kuasa serta prosedur operasi standard ditetapkan.

Tahun lalu sebanyak 32 siri Operasi Tapak dilaksanakan hasil kerjasama DBKL dengan agensi lain dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Selain Imigresen operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Artikel Berkaitan:

Pekerja pembinaan yang ditahan untuk pemeriksaan lebih lanjut oleh Imigresen. - Foto DBKL
Pekerja pembinaan yang ditahan untuk pemeriksaan lebih lanjut oleh Imigresen. - Foto DBKL