Industri harumanis perlu dipelihara

Kulit harumanis didapati mempunyai khasiat tersendiri dan sesuai dijadikan sabun kecantikan. (Gambar kecil: Datuk Hashim Suboh)
Kulit harumanis didapati mempunyai khasiat tersendiri dan sesuai dijadikan sabun kecantikan. (Gambar kecil: Datuk Hashim Suboh)
A
A
A

KANGAR - Industri penanaman harumanis yang menyumbang kira-kira RM70 juta urusan jual beli perlu dipelihara agar identitinya sebagai mangga premium dikekalkan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu mempunyai dasar yang jelas dalam melindungi kepentingan harumanis di Perlis.

Menurutnya, urusan mengimport mangga jenis lain perlu dihalang pada musim harumanis bagi menjamin isu tertentu seperti penipuan gred mangga tidak berlaku.

"Pihak persatuan juga berharap agar tidak semua negeri di negara ini berlumba-lumba untuk menanam harumanis," katanya ketika ditemui di Ladang Harum Manis Mata Ayer semalam.

Hashim berkata, peluang pengkhususan tanaman harumanis perlu diberikan kepada Perlis bagi memastikan kualiti buah berkenaan sentiasa terjamin.

"Selain itu, kita juga mahu memastikan hasil yang dikeluarkan tidak akan menjadi lambakan," katanya.

Katanya, pihaknya turut bercadang untuk menghasilkan beberapa idea dengan menjenamakan harumanis kepada satu nama sahaja.

"Namun begitu, kita sangat berharap pihak jabatan berkaitan terutama Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian) turun padang bagi memantau keadaan tanaman petani.

Artikel Berkaitan:

"Mereka perlu meneliti masalah petani dan menggunakan kepakaran yang ada untuk membantu bagi membolehkan kualiti mangga ini sentiasa dalam keadaan baik," katanya.