Patuhi arahan jika berlaku kuarantin

No Image Caption
A
A
A

APABILA doktor menasihatkan kita supaya berada di rumah atau perlu dikuarantinkan kerana sakit-sakit yang mudah berjangkit kepada orang lain, maka patuhilah arahan tersebut kerana ia dibuat demi kepentingan orang ramai.

Merak Jalanan rasa geram dengan sikap sesetengah orang yang mengabaikan arahan doktor demi kepentingan diri sendiri. Kesan daripada kedegilan itu menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

Contohnya apabila anak-anak sudah nampak tanda-tanda sakit mata atau konjunktivitis, maka jangan benarkan mereka ke sekolah kerana ia akan merebak kepada kanak-kanak lain.

Tambahan pula jika melibatkan kanak-kanak di tadika, kesannya lebih buruk apabila mudah berjangkit kepada bayi-bayi kecil yang jika berjangkit memerlukan penjagaan lebih rapi.

Berdasarkan apa yang Merak Jalanan faham, konjunktivitis boleh berjangkit melalui sentuhan secara fizikal. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman (bakteria atau virus) atau alahan. Konjunktivitis yang disebabkan bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah.

Merak Jalanan nyatakan hal ini kerana ketika ini Merak Jalanan sedang dikuarantin di rumah kerana konjunktivitis. Setakat ini semua lima ahli keluarga Merak Jalanan sudah terkena virus ini. Bermula daripada anak kedua, bayi bongsu, anak sulung hinggalah terakhir Merak Jalanan sendiri. Harap-haraplah ia terus berakhir dan segera sembuh.

Jika dibuat perbandingan, konjunktivitis dan koronavirus yang hangat diperkatakan ketika ini amat beza kesannya.

Cumanya apa yang boleh dilakukan ialah apabila sudah merasai simptom-simptom yang coraknya sama, maka segera berjumpa doktor, ikut nasihat doktor dan jauhi tempat awam.

Artikel Berkaitan:

Janganlah kerana kepentingan diri, kita sembunyikan keadaan kesihatan diri yang akhirnya menyebabkan orang lain menanggung beban.