Presiden persatuan sukan ditahan SPRM

SPRM
SPRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang presiden persatuan sukan kebangsaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa.

Menurut sumber, suspek ditahan di kediamannya dan disiasat atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dalam urusan pemberian kontrak berkaitan persatuan sukan yang diterajuinya.

"Suspek dipercayai memberi projek-projek di bawah persatuan kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarganya," kata sumber berkenaan.

Tambah sumber itu, terdapat beberapa projek turut didakwa diberikan kepada syarikat milik suspek sendiri.

Bagaimanapun, jumlah projek dan nilai sebenar kontrak berkenaan tidak boleh didedahkan kerana perkara itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan penahanan itu.

"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk direman dan mahkamah membenarkan reman selama empat hari sehingga 2 Februari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Artikel Berkaitan: