Salman Khan rampas telefon peminat

Video berdurasi tujuh saat dimuat naik di Twitter FilmyKida sehingga kini ditonton lebih 6,000 tontonan.
Video berdurasi tujuh saat dimuat naik di Twitter FilmyKida sehingga kini ditonton lebih 6,000 tontonan.
A
A
A
TINDAKAN pelakon Bollywood, Salman Khan merampas telefon bimbit milik peminatnya yang cuba berswafoto dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Goa India, mendapat kecaman netizen.

Ketika kejadian, Salman Khan bersama pembantu dan pengiringnya keluar dari balai ketibaan namun secara tiba-tiba muncul peminat lelaki menghalakan telefon untuk berswafoto dengannya.

Kurang senang dengan kelakuan lelaki tersebut, Salman Khan bertindak menepis dan merampas telefon tersebut sebelum berlalu pergi.

Kekasaran itu sempat dirakam oleh peminatnya yang turut berada di balai ketibaan menunggu bintang terkenal tersebut.

Menerusi Hindustan Times, Inspektor polis bertugas di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah meneliti video dan bertemu dengan lelaki tersebut.

"Lelaki itu mengesahkan benar perkara itu berlaku tetapi tiada laporan polis dibuat," katanya.

Rata-rata peminatnya mengecam tindakannya malah menyifatkan Salman Khan adalah seorang yang sombong.

"Jangan lupa #SalmanKhan, awak menjadi hero kerana peminat, sila hormat mereka. Bagaimana kami angkat kamu menjadi seorang hero, begitu jugalah kamu melayan kami seperti itu," kata Samrat.

Kata Kumar, "Seorang peminat Salman khan cuba mengambil gambar dengannya tapi dia tidak suka. Sombong, hanya cuba untuk melindungi privasi anda, bagaimana perasaan anda jika ada orang berbuat demikian kepada kamu?"
Artikel Berkaitan:


Video berdurasi 7 saat dimuat naik di Twitter FilmyKida sehingga kini ditonton lebih 6,000 tontonan.