'50 hari je sempat hidup bersama dengan abang'

Paparan Twitter Fatin mencuri perhatian netizen di laman sosial.
Paparan Twitter Fatin mencuri perhatian netizen di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Bukan mudah untuk melupakan orang tersayang apatah lagi jika si dia pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

Itu luahan rindu Fatin Nur Affira Yusof, 29, buat Allahyarham suaminya, Sazali Sakiran meninggal dunia tiga tahun lalu akibat lemas.

Menerusi perkongsian video di Twitternya, Fatin meluahkan rasa rindu yang teramat sangat terhadap arwah suaminya apabila pernah bersama selama 50 hari sahaja.

"50 hari je sempat hidup bersama dengan abang, tapi 50 hari itu cukup bermakna untuk saya. Terima kasih untuk itu. ALLAH itu baik bang.

"Happy anniversary yang ke-3 tahun sayang! Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta saya pada abang masih seperti dulu. Rindu abang. Rindu. Dan rindu ni sakit. 3 tahun sambut 'anniversary' tanpa abang. Perit sebenarnya. Saya gembira orang ucap hari lahir tapi...," ujarnya.

Fatin memberitahu, tarikh perkahwinan dan tarikh ulang tahun kelahirannya adalah tarikh yang sama hingga membuatkan jiwanya menangis.

"Sakit gila dada bila kenang, hari lahir sama dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kita. Kali terakhir abang ucap, masa hari kita nikah. Itu yang pertama dan terakhir.

"Happy 3rd anniversary sayang. Saya tetap sayang abang sampai syurga. Nama abang tak pernah lekang dari doa. Jodoh kita kat dunia ni kejap sangat. Mana tahu abang jodoh saya kat sana nanti. I love you with no end, Kapten Sazali Sakiran," ujarnya pantas tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

Menerusi entri itu, video memorinya bersama arwah yang berdurasi 1 minit 33 saat itu menarik perhatian netizen yang rata-rata bersimpati atas apa menimpanya.

"Be strong semoga sentiasa tabah menghadapi semua ini..." ciap Mawar.

Rata-rata netizen berkongsi rasa sayu dan turut memberikan kata-kata semangat kepada Fatin agar sentiasa tabah.