Pelan damai AS bukan jalan penyelesaian konflik Israel-Palestin: Yadim

Nik Omar (tengah) bersama Zolkharnain (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada sidang media mengenai hala tuju Yadim 2020 di sini hari ini.
Nik Omar (tengah) bersama Zolkharnain (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada sidang media mengenai hala tuju Yadim 2020 di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyifatkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai pelan damai Timur Tengah bukan jalan penyelesaian untuk menamatkan pertikaian antara Israel dan Palestin.

Yang Dipertua Yadim, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pelan damai itu semakin mencambahkan lagi permusuhan, kebencian dan mencetuskan peperangan yang tidak berkesudahan.

"Dunia secara umumnya tidak dapat menerima keputusan daripada Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ini.

"Yang terbaiknya jika sekiranya kita nak berbincang dan melahirkan satu-satu resolusi mesti melibatkan semua pihak," katanya pada sidang media mengenai pencapaian Yadim 2019 dan perancangan hala tuju 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Trump kerana memihak kepada Israel dan seolah-olah memberi harapan satu hari nanti Palestin akan mempunyai negara sendiri yang berdaulat.

Tambah Nik Omar, perbincangan perlu dibuat dengan penduduk asal di sana, umat Islam di Palestin, negara umat Islam sama ada pandangan daripada negara atau mewakili institusi serta pemimpin Islam dunia yang masyhur termasuk Malaysia.

"Selain itu, pandangan daripada wakil umat Islam Palestin, Qatar, Turki dan negara-negara umat Islam yang sentiasa mengambil berat situasi yang berlaku di Palestin turut perlu diambil kira," katanya.

Terdahulu, di Washington, Trump bersama Netanyahu melancarkan pelan damai Timur Tengah dan ia dikritik hebat.

ARTIKEL BERKAITAN Abbas sedia bantah pelan damai AS di mesyuarat PBB

Artikel Berkaitan: