Perdana Menteri Taiwan bakal letak jawatan

Perdana Menteri Taiwan, William Lai menyatakan hasrat melepaskan jawatan. - Foto Reuters
Perdana Menteri Taiwan, William Lai menyatakan hasrat melepaskan jawatan. - Foto Reuters
A
A
A

TAIPEI - TAIWAN. Perdana Menteri Taiwan, William Lai menyatakan hasrat melepaskan jawatan dua bulan selepas kekalahan parti pro kemerdekaannya, Parti Progresif Demokratik (DPP) dalam pilihan raya tempatan.

Ramai yang telah menjangkakan keputusan Lai kerana ia menjadi amalan biasa untuk pemimpin di Taiwan meletak jawatan selepas kalah dalam pilihan raya besar.

Ia juga satu kebiasaan untuk ahli kabinet melepaskan jawatan sekiranya perdana menteri berbuat demikian.

"Masa telah tamat, saya akan mengadakan mesyuarat khas kabinet dan meletak jawatan bersama seluruh ahli kabinet," kata Lai kepada media di Parlimen, semalam.

Menurut Lai, keputusannya turut mendapat sokongan Presiden Tsai Ing-wen yang menerima kecaman domestik susulan agenda reformasi dan ancaman terbaharu dari China yang menganggap negara pulau itu milik mereka.

Presiden berkenaan dijangka akan mengumumkan calon perdana menteri baharu diikuti pelantikan menteri yang lain. - Reuters

Artikel Berkaitan: