Koronavirus: Pengeluar topeng hidung dan mulut tingkat pengeluaran

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap sempena kempen Beli Barangan Buatan Malaysia di Tesco Extra Kajang hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar topeng hidung dan mulut tempatan akan meningkatkan pengeluaran mereka bagi menampung permintaan tinggi orang ramai susulan isu koronavirus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar mengenai perkara tersebut.

“Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan. (Saya dimaklumkan) Bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia bersama sebuah pasar raya di sini hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: