Bomba bantu angkat lelaki obesiti berat 190kg

Bomba bantu hantar pesakit obesiti guna lori lima tan.
Bomba bantu hantar pesakit obesiti guna lori lima tan.
A
A
A

SEREMBAN - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, membantu memindahkan seorang lelaki yang mengalami obesiti hingga beratnya mencecah 190 kilogram dari rumahnya di Kampung Takau, Rantau untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, pagi tadi.

Ketua Operasi BBP Seremban 2, Mohd Syazwan Said berkata, seramai lapan anggotanya bersama tiga pegawai perubatan HTJ terlibat memindahkan G Doraisingam berusia 44 tahun dengan menggunakan lori lima tan.

"Pihak kami mendapat panggilan sekitar jam 9.34 pagi. Kerja-kerja membawa pesakit telah berjalan lancar dan berjaya sepenuhnya pada 10.32 pagi tadi. Kita serahkan kepada pihak hospital untuk menguruskan rawatannya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bomba bantu hantar pesakit obesiti guna lori lima tan.
Bomba bantu hantar pesakit obesiti guna lori lima tan.

Tambahnya, isteri pesakit berkenaan memaklumkan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu, mengadu demam sejak tiga hari lalu serta kakinya membengkak akibat kencing manis.

Katanya, sebelum ini, suaminya pernah terlibat kemalangan motosikal pada tahun 2003 dan menjalani pembedahan kaki menyebabkan kakinya menjadi pendek sebelah.

Artikel Berkaitan: