Tiga lelaki ditahan ketika lalok

Dadah yang dirampas daripada suspek. (Gambar kecil: Noorzainy)
Dadah yang dirampas daripada suspek. (Gambar kecil: Noorzainy)
A
A
A

KEPALA BATAS - Tiga lelaki yang sedang khayal dadah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Aur di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, serbuan Ops Tapis yang dibuat jam 6 petang itu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis daerah SPU mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah yang dilakukan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah terbabit menemukan pelbagai jenis dadah yang dibungkus dipercayai untuk dijual di sekitar kawasan Kepala Batas.

"Antara yang ditemui 70 gram (gm) dadah jenis heroin, 6.5gm syabu dan 0.5gm ganja.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka juga mendapati kesemua positif dadah jenis morphine dan methamphetamine," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,500 dan ketiga-tiga suspek berusia 38 hingga 50 tahun yang bekerja sebagai buruh direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara dan mengharapkan kerjasama masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Artikel Berkaitan: