Arwah pemimpin prihatin

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia di Hospital Kajang, pagi tadi.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Muhammad Hanafi Jalalludin ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah dikejarkan ke hospital berkenaan dipercayai akibat sakit jantung, kira-kira jam 3 pagi.

“Arwah meninggal dunia kira-kira jam 4.45 pagi, kini arwah dibawa pulang ke rumahnya Kampung Sungai Lalang, di sini, sebelum dikebumikan, ” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Hanafi berkata, arwah merupakan pemimpin yang bagus dan prihatin terhadap masalah rakyat.

"Saya pernah berbincang mengenai beberapa isu rakyat dan masalah jambatan di sini," katanya.

Artikel Berkaitan: