X

Kindly register in order to view this article
!

212 mangsa banjir kilat, ribut dipindahkan di Johor: Exco

Chen Choon
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 212 mangsa daripada 59 keluarga di negeri ini terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) selepas dilanda banjir kilat dan ribut susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat jam 8 pagi ini, empat daerah terjejas iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Pontian.

Menurutnya, dua PPS iaitu Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 di Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jubli Intan Renggam di Kluang dibuka lewat petang semalam.

"Dua lagi PPS iaitu SK Sri Bunian di Pontian dan Balai Raya Kampung Saleng di Kulai mula dibuka awal pagi ini.

“Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 yang terjejas akibat banjir kilat menempatkan mangsa paling ramai iaitu 120 mangsa daripada 37 keluarga diikuti SK Jubli Intan Renggam iaitu 40 mangsa daripada 11 keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, SK Sri Bunian pula menempatkan 30 mangsa daripada lima keluarga manakala 22 mangsa daripada enam keluarga yang terjejas akibat ribut pula berada di Balai Raya Kampung Saleng. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus