X

Kindly register in order to view this article
!

Liga M3, M4 tiada kelab feeder

Mohd Yusoff Mahadi
A
A

PENGERUSI Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan tidak wujud pasukan berstatus feeder dalam kalangan pasukan Liga M3 dan Liga M4 yang memanfaatkan pasukan Liga Premier ketika ini.

Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan kelab feeder hanya melibatkan pasukan Liga Premier dan Liga Super sahaja di mana AFL tidak menggunapakai sistem itu.

Beliau mengingatkan semua peminat agar tidak keliru ekoran terdapat nama pasukan amatur mirip pasukan Liga Super dan Liga Premier selepas kebanyakan pasukan amatur menjenamakan semula pasukan memandangkan ada antara mereka mendapat sokongan daripada persatuan yang sama.

“Saya berharap orang ramai tidak keliru dengan segelintir pasukan yang memiliki nama hampir sama dengan pasukan liga atasan seperti Melaka (Liga Super) dan Melaka United FC (Liga M3), Sarawak United (Liga Premier) dan Sarawak FA (Liga M3), Kuala Lumpur (Liga Premier) dan KL Rovers (Liga M3).

"Pasukan M3 ini bukan berstatus kelab feeder," katanya dalam kenyataan AFL itu.

Pada musim ini, hanya empat pasukan Liga Super; Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Terengganu FC (TFC) dan Perak mempunyai kelab feeder yang beraksi dalam Liga Premier masing-masing menggunakan nama JDT II, Selangor II, TFC II dan Perak II.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff turut menjelaskan penstrukturan semula Liga M3 menyaksikan Melaka United FC, Semarak FC dan KL Rovers mengisi slot baharu membabitkan 20 pasukan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan berbanding 14 pasukan pada musim lalu dalam satu liga.

Pada sesi taklimat dengan pasukan Liga M3 pada 18 Januari, AFL telah mengumumkan bahawa saingan liga amatur itu bakal distrukturkan bermula musim ini sebagai antara persiapan untuk mempersiap pasukan amatur kepada semi-pro bermula musim 2021.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!