Bomba selamatkan lembu dalam perigi

Anggota bomba berusaha mengeluarkan lembu yang jatuh ke dalam perigi di sini, malam tadi.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan lembu yang jatuh ke dalam perigi di sini, malam tadi.
A
A
A

KLANG - Seekor lembu yang terjatuh ke dalam perigi di Jalan Siswi, Sungai Kandis di sini diselamatkan anggota bomba dan penyelamat malam tadi.

No Image Caption

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.49 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

Lembu yang diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam perigi setinggi enam meter malam tadi
Lembu yang diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam perigi setinggi enam meter malam tadi

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor lembu didapati terjatuh ke dalam perigi dengan ketinggian enam meter.

"Kaki lembu tersebut didapati tersangkut dalam perigi.Anggota bomba dapat menaikkan haiwan tersebut dengan menggunakan 'backhoe'," katanya.