Pasar makanan laut bukan punca utama wabak koronavirus

Pengawal keselamatan berkawal di luar Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan. - Foto AFP
Pengawal keselamatan berkawal di luar Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Pasar makanan laut di bandar Wuhan, China mungkin bukan satu-satunya sumber punca wabak koronavirus.

Timbalan Pengarah Hospital Jinyintan Wuhan, Huang Chaolin dalam satu temu bual bersama majalah perniagaan Caixin baru-baru ini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa tempat lain di mana virus itu mula-mula dihantar kepada manusia.

Pesakit pertama yang dimasukkan ke Hospital Jinyintan pada 1 Disember lalu tidak terdedah kepada pasar tersebut dan keluarganya tidak mengalami gejala demam atau masalah pernafasan.

Tiga pesakit berikutnya yang dimasukkan ke hospital pada 10 Disember, dua daripadanya juga tidak terdedah kepada pasar makanan laut.

"Secara keseluruhan, hanya 27 daripada 41 kes terdedah kepada tempat itu. Jadi, berdasarkan keadaan pasar makanan laut bukan sumber utama. Ia mungkin berbilang sumber," kata Chaolin.

Sebelum ini, pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China dilaporkan berjaya mengasingkan koronavirus dalam 33 daripada 585 sampel yang diperoleh di persekitaran Pasar Borong Makanan Laut Huanan. - Xinhua

Artikel Berkaitan: