'Ingat kena sihir, santau ke rupanya...'

Paparan Afiq tular di laman sosial mencuri perhatian netizen.
Paparan Afiq tular di laman sosial mencuri perhatian netizen.
A
A
A

NILAI - "Ingat kena sihir atau santau ke apa, baru teringat blok A dulu dihuni oleh perempuan," demikian reaksi Afiq apabila menemui jarum peniti di katil asramanya di sini.

Kata-kata jenaka itu menarik perhatian netizen terutama perempuan yang turut menyatakan mereka dengan jarum tidak dapat dipisahkan seperti peribahasa 'aur dengan tebing', 'bagai isi dengan kuku'.

Turut berkongsi pengalaman, Hajar apabila dia pernah mengalami luka di bahagian kaki gara-gara terpijak jarum.

"Hati-hati bro, walaupun saya perempuan tak guna pin atau jarum peniti, tetapi pernah terpijak dan terkena di jari kaki, terasa macam kena di tulang. Biasanya perempuan akan letak tepi-tepi bucu tilam, katil atas biasanya," ciapnya.

Afiqah pula memberitahu, "Perkara paling menarik, mereka pun tak ingat kat mana mereka letak dan setiap kali nak guna akan beli baru."

Seorang pengguna media sosial berkongsi gambar jarum pada kerusi kereta bapanya.
Seorang pengguna media sosial berkongsi gambar jarum pada kerusi kereta bapanya.

Perkara itu juga diakui oleh Korra, "Teman sebilik punya perangai. Suka letak jarum merata-rata kat katil. Lepas itu nak cari balik tak jumpa, bila tidur mula la merungut, tercucuk jarum lah apa lah. Banyak kali dah pesan tapi tak dengar," katanya.

Sementara itu, pada hantaran yang sama, Amirah sempat menitipkan nasihat kepada golongan perempuan agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang kerana ia boleh mengundang kecelakaan kepada orang lain.

Artikel Berkaitan:

"Kalau boleh tolong jangan letak di katil, contoh di asrama kolej, sebab penghuni lain yang duduk di katil itu mungkin akan terkena jarum. Belum lagi terkena di kaki ke, tercucuk di tangan ke sebab tak nampak," katanya.

Perkongsian kisah lucu itu sehingga kini mencecah 17,000 ulang kongsi dan 20,900 tanda suka daripada netizen.