Adun Semenyih meninggal dunia

Bakhtiar Mohd Nor
Bakhtiar Mohd Nor
A
A
A

SEMENYIH - Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia pada jam 4.45 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Berita itu dimaklumkan menerusi Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Kajang Selatan pagi tadi.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

"Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

"Saya ucap takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh," katanya.

Artikel Berkaitan: