SPR pamer rang daftar pemilih suku keempat 2019 hari ini

 Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 27,345 permohonan pendaftaran pemilih baharu daripada warganegara yang layak sepanjang suku keempat tahun 2019.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 11,869 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya diterima daripada pemilih berdaftar.

Beliau berkata, ia selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku keempat 2019 (ST4/2019) yang akan dipamerkan selama 14 hari mulai hari ini sehingga 12 Februari di 914 tempat pameran di seluruh negara.

"Pemohon yang telah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih berdaftar yang memohon pertukaran bahagian pilihan raya mulai 1 Oktober 2019 hingga 31 Disember 2019 dinasihatkan untuk menyemak nama mereka.

“Sekiranya pemohon mendapati nama mereka tidak disenaraikan dalam RDPT ST4/2019, mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata, bagi pemilih berdaftar di mana-mana bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama individu dalam RDPT ST4/2019, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C. - Bernama

Artikel Berkaitan: