X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Pemandu e-hailing panik, halau penumpang Wuhan

Paparan video tular di laman sosial.
A
A

WUHAN - Tular rakaman video seorang pemandu e-hailing menghalau penumpang dari Wuhan gara-gara panik dan bimbang dijangkiti wabak koronavirus.

Difahamkan, kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka yang diletakkan di dalam kereta berkenaan.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 34 saat dimuat naik di Twitter RT menunjukkan penumpang itu mengalami batuk dan selesema.

Situasi itu membuatkan pemandu tersebut mula resah lalu bertanyakan dia dari kampung mana.

Mengakui baru pulang dari Wuhan dan mahu ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pemandu itu terus bertindak menghalaunya.

"Awak kena keluar sekarang, cepat-cepat keluar," katanya.

Kisah menyentuh hati itu membuatkan netizen berasa simpati kepada penduduk Wuhan kerana perlu mengalami pengalaman sukar ketika wabak koronavirus melanda kawasan itu.

Pada masa sama, netizen mengecam tindakan pemandu tersebut kerana tidak bertimbang rasa dan tiada lagi sifat perikemanusiaan dalam dirinya untuk membantu penumpang ke hospital.

"Saya faham keperluan untuk melindungi diri sendiri tetapi jangan lupa awak manusia. Jangan memandang rendah terhadap orang lain, cuba anda berada di tempatnya. Jika mereka perlakukan anda seperti itu, apa perasaan kamu?" kata Karma.

Kata Chi Lee, "Awak pentingkan diri sendiri. Hubungilah hospital dan minta bantuan dari pihak berkaitan untuk bantu lelaki tersebut."

Sehingga kini, video tular itu meraih lebih 316,900 tontonan dan 1,400 tanda suka dari netizen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!