Lelaki maut rempuh belakang lori

Lori yang dirempuh kereta mangsa mengalami pelbagai kerosakan.
Lori yang dirempuh kereta mangsa mengalami pelbagai kerosakan.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di pondok Plaza Tol Sungai Dua menghala ke utara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Tan Chung Swee, 42, yang berasal dari Taman Kenchana, Butterworth disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan selain patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum kejadian sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 24 tahun memperlahankan kenderaannya bagi menyentuh kad Touch ‘n Go di pondok plaza tol.

Bagaimanapun, menurutnya pemandu kereta berkenaan gagal memperlahankan kenderaannya dan merempuh bahagian belakang lori sehingga menyebabkan dia tersepit di tempat duduk pemandu.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala serta badan dan patah kaki kanan.

"Pasukan perubatan yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu telah pun meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas merempuh sebuah lori.
Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas merempuh sebuah lori.

Artikel Berkaitan:

Noorzainy berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan berhubung kejadian itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.