Tiga penunggang motosikal maut nahas lima kenderaan

Keadaan salah satu motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Parit Surau Jalan Parit Botak malam tadi.
Keadaan salah satu motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Parit Surau Jalan Parit Botak malam tadi.
A
A
A

BATU PAHAT - Tiga penunggang motosikal termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal di Kampung Parit Surau Jalan Parit Botak di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mereka yang maut adalah dua lelaki berusia19 tahun dan 35 tahun serta wanita berusia 20 tahun.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila tiga penunggang motosikal bergesel sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Akibat kejadian itu, sebuah kereta dari arah belakang dipercayai tidak sempat memberhentikan kenderaannya telah merempuh mangsa yang ketika itu berada di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhan berkata, pihaknya juga sedang giat menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan dengan lebih jelas gambaran kemalangan yang berlaku tersebut.

“Kita masih jalankan siasatan. Buat masa ini kita sedang mengesan sebuah lagi kereta yang dipercayai terbabit dengan kemalangan tersebut.

“Saksi kejadian diminta tampil dan berhubung dengan Inspektor Muhammad Asma’i Md Yussof di talian 013-6550128,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: