Ajalnya ketika azan Zuhur berkumandang

Status terakhir Ustaz Muhammad Faisal yang tular di media sosial.
Status terakhir Ustaz Muhammad Faisal yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Status Facebook seorang ustaz Muhammad Faisal Yaakub yang meninggal dunia ketika azan Zuhur berkumandang tular di media sosial hingga menjadi bualan netizen.

Allahyarham rebah di pintu bilik mesyuarat ketika menghadiri mesyuarat di Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Klang (MITS) kira-kira 1.45 petang pada 8 Disember lalu.

Selang 19 hari sebelum pemergiannya, Allahyarham telah memuat naik gambar dan hantaran di Facebook berhubung kematian.

Seakan mengetahui ajalnya, Muhammad Faisal mencacat "setiap permulaan pasti ada pengakhiran, tiada penangguhan hanyalah perlu persediaan."

Gambar dan hantaran itu ketika arwah berada di Tanah Perkuburan Rantau Panjang, ketika menziarah kubur ayahnya.

Meskipun arwah bertugas di MITS Klang, dia tidak akan lupa menjenguk kubur ayahnya ketika pulang ke kampung halaman.

Bekas pelajar Universiti Mu'tah Jordan ini meninggalkan seorang isteri Nurul Izzati Nazirmuddin yang kini hamil anak pertama mereka.

Meskipun jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketoyong pada Selasa namun keperibadiannya masih lagi disebut oleh sahabat yang turut merasai kehilangannya.

Artikel Berkaitan:

Norehan Yusof memberitahu, Allahyarham seorang yang baik hati malah sering membantu jika ada masalah.

Begitu juga Abdul Halim Abu Bakar, menyifatkan Allahyarham seorang yang sangat beristiqamah dalam beribadah dan seorang yang rajin.

"Arwah adalah rakan sepengajian master di Universiti Kebangsaan Malaysia. Memang arwah baik sangat dan kenangan manis bersamanya akan dikenang sampai bila-bila," katanya mendoakan rohnya dicucuri rahmat.