Seorang lelaki ditahan, dadah bernilai RM3,200 dirampas

Dadah jenis syabu seberat 53.50 gram bernilai RM3,200 dirampas di Kampung Jijan Hulu semalam.
Dadah jenis syabu seberat 53.50 gram bernilai RM3,200 dirampas di Kampung Jijan Hulu semalam.
A
A
A

NILAI - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu seberat 53.50 gram bernilai RM3,200 di Kampung Jijan Hulu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menahan suspek berusia dalam lingkungan 30 tahun itu di tepi rumah kira-kira jam 5.10 petang.

"Hasil pemeriksaan terhadap satu beg sandang warna hitam telah menemui beberapa peket plastik dadah jenis syabu seberat 53.50 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM3,200.

"Ujian saringan air awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain turut mempunyai lima rekod kesalahan lampau kes dadah," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek direman lima hari sehingga 2 Februari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: