6,000 kakitangan perubatan dihantar ke Hubei

Pasukan perubatan tersebut dihantar untuk memberi bantuan kepada kakitangan perubatan di Hubei yang mempunyai jumlah jangkitan koronavirus paling tinggi. - Gambar hiasan
Pasukan perubatan tersebut dihantar untuk memberi bantuan kepada kakitangan perubatan di Hubei yang mempunyai jumlah jangkitan koronavirus paling tinggi. - Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - China hari ini menghantar hampir 6,000 kakitangan perubatan dari seluruh negara ke wilayah Hubei untuk membendung penularan wabak boleh membawa maut itu.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (HNC), Jiao Yahui memaklumkan seramai 4,130 kakitangan di bawah 30 kumpulan sudah tiba di wilayah terbabit dan baki seramai 1,800 lagi menyusul beberapa jam kemudian.

Kumpulan pertama dihantar dari Shanghai dan Guangdong pada Jumaat lalu.

Difahamkan, pasukan tersebut dihantar untuk memberi bantuan kepada kakitangan perubatan di Hubei yang mempunyai jumlah jangkitan koronavirus paling tinggi.

Sehingga lewat kelmarin, lebih 2,700 kes jangkitan direkodkan di wilayah tersebut dengan lebih 2,500 pesakit kini dirawat di hospital.

Hospital di seluruh wilayah tersebut dilaporkan menerima hampir 32,000 pesakit yang mengalami demam. - Agensi

Artikel Berkaitan: